Assalamualaikum,
Apa khabar semua para pembaca? Ada sesuatu yang hebat anda lakukan hari ni? Adakah sesiapa antara pembaca semua yang sudah menambah nilai dalam hidup orang lain hari ini? Waaa kalau ada yang sudah, saya sangat cemburu.. Kongsi-kongsi la dengan saya bagaimana setiap hari kita boleh menolong atau menambah nilai dalam diri orang lain. Hmmm, Saya ada terfikirkan sesuatu yang hebat hari ini. Dan saya tak sabar nak kongsikan dengan anda semua. Eeeee makin lama saya simpan makin panas dan lemas kepala ni.. hehe.. Takpa, di akhir entri ni kita akan bincangkan ye?
Baiklah!! Berbalik kepada tajuk asal kita.
Bagaimana nak mula buat kek lapis??
-Yang pertama sekali, kita perlukan peralatan yang cukup. Kalaupun ada yang tak cukup, tak perlu la kita beli (kalau kita sekadar nak cuba-cuba buat kek lapis ni), pakai saja apa yang ada di dapur kita tu. Haa teknik pakai apa yang ada ni kadang-kadang sangat berguna waktu-waktu kecemasan. Jadi jangan pandang ringan teknik ni, hehe.
-Yang kedua, kita perlukan bahan yang sesuai. Bukanlah setiap jenis kek lapis ni berlainan resepi, ada yang sama resepi cuma lain pewarna atau lain perasa saja. Ini sangat lah memberi kelebihan pada kita, sebab satu resepi boleh cipta berbagai jenis kek lapis. Kan dah cakap sebelum ni, watak kek lapis ni sangat la melayan kreativiti kita, hehehe...
Boleh tak senaraikan peralatan supaya saya dapat bersedia?
Boleh je. Apa saja untuk membantu anda menjadi pakar dalam kek lapis. Disini saya akan senaraikan peralatan yang penting, selebihnya anda akan pandai-pandai sendiri la (contoh macam mangkuk, pinggan, sudu, bekas meletak perasa dan lain-lain)
Yang pertama, kita perlukan loyang atau bekas untuk membakar kek lapis. Cara buat kek lapis ni tak macam kek biasa yang hanya sekali bakar, tapi kek lapis ni bakarnya berkali-kali. Nanti saya akan buat satu demo untuk anda ye, mungkin di entri akan datang, saya sangat suka berkongsi ilmu ini dengan anda semua. Pastikan loyang anda bersih, tak berkemek dan tiada karat. Kerana keadaan loyang banyak mempengaruhi bentuk kek anda nanti, jadi ambillah masa untuk meneliti loyang anda sebelum membuat kek lapis ini..

Yang kedua, dapatkan mixer, untuk menyiapkan aduna kek lapis anda. Untuk membuat kek yang banyak memerlukan mixer yang besar, tapi kalau anda sekadar mahu mencuba, saya sarankan beli mixer yang kecil. Bahan-bahannya untuk membuat adunan akan saya kongsikan di entri akan datang.
Haa kita dah selesai menceritakan tentang dua peralatan yang berat-berat. Sekarang saya nak cakap tentang peralatan yang macam tak penting, tapi sangat la leceh kalau tengah melapis kek, tiba-tiba 'dia' ni tak ada pulak. Contohnya macam penekan yang saya sertakan gambar di tepi ni haa.. Fungsi benda ni untuk tekan lapisan kek anda, supaya tak timbul angin yang datang entah dari mana yang akan cacatkan rupa kek kita nanti. Jadi, ingat, beli atau cari benda penekan ni.
Jadi itu antara benda penting sebelum kita boleh mulakan membuat kek lapis supaya tak timbul sebarang masalah. Antara kelengkapan yang lain adalah seperti apa yang saya sudah nyatakan sebelum ni, seperti pinggan, mangkuk, sudu, bekas dan lain-lain. Sila nantikan entri saya yang berikutnya untuk resepi kek lapis kita yang pertama. Wowww!!
Baiklah, tentang perkara yang ingin saya kongsikan di atas tadi, saya sedang mencuba satu teknik pemasaran untuk menjual produk kek lapis milik keluarga saya, dan hasilnya, MasyaAllah, sangat memberasangkan. Saya akan siapkan kertas kerja dan akan berkongsi strategi ini dengan anda. Para pembaca sekalian, saya sangat komited untuk memberi anda peluang untuk menjana pendapatan dengan mudah, nantikan pembongkaran saya 'Strategi Emas Pemasaran Kek Lapis'.
Assalamualaikum,
Apa khabar semua para pembaca? Ada sesuatu yang hebat anda lakukan hari ni? Adakah sesiapa antara pembaca semua yang sudah menambah nilai dalam hidup orang lain hari ini? Waaa kalau ada yang sudah, saya sangat cemburu.. Kongsi-kongsi la dengan saya bagaimana setiap hari kita boleh menolong atau menambah nilai dalam diri orang lain. Hmmm, Saya ada terfikirkan sesuatu yang hebat hari ini. Dan saya tak sabar nak kongsikan dengan anda semua. Eeeee makin lama saya simpan makin panas dan lemas kepala ni.. hehe.. Takpa, di akhir entri ni kita akan bincangkan ye?
Baiklah!! Berbalik kepada tajuk asal kita.
Bagaimana nak mula buat kek lapis??
-Yang pertama sekali, kita perlukan peralatan yang cukup. Kalaupun ada yang tak cukup, tak perlu la kita beli (kalau kita sekadar nak cuba-cuba buat kek lapis ni), pakai saja apa yang ada di dapur kita tu. Haa teknik pakai apa yang ada ni kadang-kadang sangat berguna waktu-waktu kecemasan. Jadi jangan pandang ringan teknik ni, hehe.
-Yang kedua, kita perlukan bahan yang sesuai. Bukanlah setiap jenis kek lapis ni berlainan resepi, ada yang sama resepi cuma lain pewarna atau lain perasa saja. Ini sangat lah memberi kelebihan pada kita, sebab satu resepi boleh cipta berbagai jenis kek lapis. Kan dah cakap sebelum ni, watak kek lapis ni sangat la melayan kreativiti kita, hehehe...
Boleh tak senaraikan peralatan supaya saya dapat bersedia?
Boleh je. Apa saja untuk membantu anda menjadi pakar dalam kek lapis. Disini saya akan senaraikan peralatan yang penting, selebihnya anda akan pandai-pandai sendiri la (contoh macam mangkuk, pinggan, sudu, bekas meletak perasa dan lain-lain)
![]() |
| gambar dari citarasawan.blogspot.com |

.jpg)